Friday, February 5, 2010

FLIGHTPLAN

RENUNGAN

SUATU PENERBANGAN

Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya iabarat penerbangan ke sebuah Negara

Dimana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sbarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23kg, tetapi amaln yg tiada caj ,lebihan berat, atau tiada caj lbihan berat ianya atas kesudian pencipta kita

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah

Di mana bajunya bukanlah Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton

Di mana pewanginya bukanlah Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana

Di mana passport kiter bukan Malaysia, British or American, tetapi Al-Islam

Di mana layanan di dalamnya bukanlah lagi kelas business atau ekonomi, sekadar kain yang diwangikan

Di mana visa kita bukan lagi 6 bulan, tapi “lailahaillallah”.

Di mana pelayannya bukanlah lagi pramugari jelita, tetapi izrail dan lain2

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, HEATROW AIRPORT atau JEDDAH INTERNATIONAL, tetapi tanah perkuburan.

Di mana ruang menunggunya bukanlah bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelita

Di mana pegawai imegresen adalah MUNKAR dan NAKIR, mereka memeriksa samaada kita layak ker destinasi seterusnya

Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan

Di mana destinasi terakhir samaada syurga yang mengalir sungai dibwhnya atau neraka JAHANAM.



Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh

Penerbanagn ini tidak dinyatakan nilainya…ianya percuma, jadi simpanan(savings) anda tidak akan dihabiskan

Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tidak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan itu

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan didlm rahim ibu

Penerbangan ini tidak akn dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang

Jangan bimbangkan siapa akan duduk disebelah anda

Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini

Oleh itu bergembiralah selagi boleh!
Dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa amaran!
Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT!!!

No comments: